Thursday, December 6, 2012

Fraser's Hill, Pahang

Fraser's Hill, Pahang

Sapa pernah pergi Fraser's Hill yang terletak di Negeri Pahang?

Fraser's Hill tidak lah sepopular Genting Highland mahupun Cameron Highland. Tetapi Fraser's Hill juga mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri.

Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, melalui Kuala Kubu Baru dan Empangan Ampang Pecah, anda boleh menyaksikan pemandangan menarik di sekitar empangan tersebut seperti yang selalu kita lihat di iklan-iklan televisyen. Cuma penulis tak sempat untuk singgah sebentar memandangkan penulis mengikut group kursus Basic Photography using Camera DSLR tajaan Tourism Malaysia. Thanks yer Tourism Malaysia especially Puan Noriah. Next time invite saya lagi untuk kursus yang best-best. (Best-best aja tau!)

Fraser's Hill mempunyai suhu yang nyaman.. tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kalau malam boleh mencecah 10 darjah celcius. Jadi malamnya tak perlu lah buka pendingin hawa. Jimat la sikit elektrik. Cuma sediakan baju tebal atau sweater ok.

Untuk makan-makan juga tidak ada masalah. Ada food court terletak di puncak bukit. Pejabat pos, bank, balai polis, klinik turut tersedia. Inginkan buah strawberry, terdapat 2 ladang strawberry terletak berhampiran.

Inilah hasil dari kursus fotografi yang saya ambik..









Fraser's Hill ni terletak dalam Daerah Raub




















Fraser's Hill ni sesuai bagi org yang nak tenangkan fikiran dan berbulan madu. So kalau anda ingin lari dari kesibukan KL atau ingin tenangkan fikiran... saya dengan sukacitanya mengajak anda ke Fraser's Hill ini.

Miak Bujat

Monday, December 3, 2012

Tahun Baru 2013

Tahun Baru 2013.'

Tak lama lagi kita akan sampai ke tahun baru 2013.

Soalan yang biasa ditanya... Apa azam korang tahun 2013?

Azam aku tahun depan... seperti biasa agaknya... melancong ke tempat-tempat yang tidak pernah lagi aku jejaki.

Senarai negara yang pernah aku lawati... hurmm... Brunei, Indonesia, Thailand, Philippines, China, United Arab Emirates dan Iran. Paling banyak dan paling kerap aku lawati adalah Indonesia. Well... Indonesia negara paling dekat, paling mudah dan paling murah untuk aku jejaki.

Next year bulan Januari juga aku mulakan dengan Indonesia... Kota Surabaya. Lepas tu... kita tunggu offer tiket flight murah dari Malindo Airlines. Maybe next trip adalah Kota Makassar pulak...

Tahun lepas mencatatkan sejarah paling banyak trip aku ke oversea. Lima kali uolss aku keluar negara. Bulan Februari aku kehilangan dompet di Kota Palembang, Kemudian bulan Mei ... aku ke Kota Semarang dan naik kuda di Bandungan. Bulan Jun aku ke Kota Pontianak bersama Abe Shak dan Remy. Bulan Ogos, aku liburan makanan di HatYai,  Thailand dan terakhir pada September aku ke Manila, More Fun In The Philippines!

Insya Allah, aku berharap tahun depan... aku bisa melanjutkan kakiku ke wilayah lain seperti Vietnam dan Sulawesi. Tak lupa juga kita harus melancong dalam negara. Dan pilihan ku mungkin Sandakan di Sabah dan Labuan.

Jika korang minat nak join trip aku jalan-jalan, dipersilakan ajer. Tapi perlu diingat... aku ni budget traveller. Dan hampir semua kos akan dikongsi bersama. Dah nama budget... kena la share-share kan. Sharing is caring uolss..

Kalau korang ada trip menarik dan menjimatkan... jgn lupa ajak aku skali okay!!!

See u olss next trip!

Miak Bujat