Wednesday, February 6, 2013

SURABAYA, INDONESIA

Surabaya, Indonesia

Hari Pertama.

Salam ceria dari aku di Malaysia... hahaha... korang ingat aku masih di Indonesia kah?

Aku melancong (melancong ajer ok.. takde maknanya nak melancongcur) di kota kedua terbesar di Indonesia iaitu Surabaya pada 18-21 Jan 2013. My first overseas trip this year... next trip maybe in Sept. Ke kota mana plak? Of course la Makassar!!! :p. Pegi Surabaya ni berdua bersama teman dari Kuching... Saudara Hairullizam Azemi nama dia... kalau nak kenal dia... search nama dia kat FB ok. Aku bawak RP2 juta... aku ulang... RP2 juta ke sana... kaya beb. Jutawan. Ko hado?

Kota Surabaya ni cukup besar... boleh ajer disamakan seperti Johor Bahru... cuma JB ni banyak la bangunan tinggi nyer... kata penduduk asal Surabaya... nama Surabaya ni adalah percantuman kata Sura (ikan jerung) dan Baya (Buaya).... jadilah nama Surabaya... kisahnya Sura dan Baya ni gaduh... gaduh punya gaduh... pastu bercantum kot... alaa... macam cerita-cerita magika dari televisi Indonesia... Hasilnya... jadilah Kota Surabaya.

Pesawat terbang murah AirAsia touch down di Juanda International Airport jam 11.45am waktu lokal. Besar dan bersih gak airport dia. Aku seperti biasa melepasi pintu imigresen dan kastam dengan senang lenang... tapi Hairullizam ni plak sangkut sbb salah isi pas arrival... dia isi pas arrival utk warga Indonesia. nak tukar kerakyatan ke hapa dia nie... choi sangat kan... dah kena tunggu setengah jam kat depan pos kastam.

Alhamdulillah lepas selesai urusan di kastam dan imigrasi Indonesia... kita pun terus la ambik teksi ke Hotel 88, Jalan Embong Kenongo. Hotel yang cantik dan bersih.... dan berdekatan dengan shopping mall. Ye betul.. shopping mall. Jalan kaki 5 minit jer beb. dan sampai mall dia.. huhuhu. Harga bilik dia aku dapat dari www.booking.com sebanyak RM398 untuk 4 hari 3 malam. Termasuk breakfast. Free wifi.

Korang tgk la sendiri gambar-gambar yang aku ambil... nanti aku update lagi kegiatan aku di Surabaya yer..






Mall ini letaknya 5 minit jer jalan kaki dari hotel.

Sura lawan Baya = Surabaya


Hari pertama aku dan Hairullizam habiskan dengan jalan2 di sekitar mall dan hotel ajer. Penat beb travel dari KL ke Surabaya dengan naik bas, flight, teksi... so malam tu kita tido awal lah. Flight dia ambik masa 2 jam 30 minit. Teksi ke hotel plak ambik masa dalam 45 minit. But now ada jalan raya toll. So kira cepat sikit lah. Toll bayar berasingan.

Kota Surabaya ni kota terbersih di Indonesia. Calo, pengemis boleh dikatakan ridak ada. Jalan kaki or melawat tempat-tempat pelancongan dia pun amat nyaman dan selesa.  tapi perlu diingat... kota Surabaya ini dipenuhi oleh mall-mall bersaiz mega seperti MidValley Megamall ituh.... So kalau anda ingin berlibur di Surabaya... pastikan bawak rupiahnya banyak2 k...

Nanti kita jumpa lagi k...

Miak Bujat