Wednesday, September 26, 2012

Checklist

Checklist!!

Sebelum kluar melancong ke mana-mana... pastikan anda buat checklist dulu. Especially bagi org yg 1st time nak gi oversea... Berikut antara keperluan yang penting anda semak...

1. Passport - pastikan passport masih valid at least 6 month before pergi... walaupun passport ada baki 4-5 bulan sebelum tarikh luput, anda akan tetap dihalang untuk kluar negara. Karang jadi sia-sia lak tiket flight dan arrangement lain yang telah anda buat.

2. Halangan keluar negara - make sure nama anda tak kena blacklist oleh Jabatan Imigresen. Misalnya tak bayar loan PTPTN. Karang jadi naya lak... anda boleh check online status anda di www.imi.gov.my

3. Tiket Flight - Jgn lupa check in siap-siap tiket anda.

4. Currency - Bawak duit secukupnya... kalau boleh tukar duit anda tu dalam negara supaya anda tak kelam kabut kat sana nanti...

5. Dokumen Lain - Itinerari, hotel booking confirmation, gorund handler travel agency kalau ada... bawak sama.

6. Ubat-ubatan - Ubat sakit perut dan panadol kalau boleh bawak sama k.

7. International Adapter - Make sure jgn ditinggal benda nie.. karang susah lak nak charge HP or camera.

8. Liquid / Cecair - Kalau gi oversea.... benda-benda ini dilarang untuk dibawa hand carry. Sama la jugak macam senjata atau barang-barang berbahaya.

Kalau ada checlist lain yang ingin anda tambah.... sila maklumkan kepada saya yer...

SELAMAT MELANCONG or MELENCONG!!!

Miak Bujat

Sunday, September 23, 2012

Manila, Philippines

Manila

28 Sept - 1 Oct 2012

Dah lama aku teringin nak ke Manila nih... InsyaAllah Jumaat ni aku akan ke sana... so tunggu lah gambar-gambar menarik dari Manila nanti yer...

Welcome to My Blog.

Thanks to blogspot! Now I become a blogger... hahaha...

Dah lama aku teringin nak buat travel blog nih. Cuma masa dan kerajinan jer takde. Ntah naper dalam minggu ni aku asyik terpikir jer nak wat blog jalan-jalan nih. Aku nak share pengalaman aku travel around the world. Hurmmm... but tak abis lagi pusing-pusing world nya... haha... Hope korang suka dan dapat info berfaedah yang aku nak share nanti... rajin-rajin la komen membaca dan bagi komen yer...

Aku ni suka jalan-jalan... tak kira dalam Malaysia or luar Malaysia.. janji dapat jalan-jalan dan tengok tempat orang... Tak kisah la bandar kecik, bandar besar, masuk utan, naik gunung, masuk laut... pantai dan segalanya... semuanya aku akan redah... sekiranya RM mengizinkan... huhu.. takde RM aku just jalan-jalan depan umah jer lah...

Dulu aku suka jalan sama kawan-kawan... now sorang-sorang pun aku boleh gie jalan-jalan gak... camane nak jalan sorang-sorang? Nanti aku cerita naa... sabaq naa. Kalau korang ada pengalaman dan cerita nak share ngan aku... sku terima dengan hati terbuka dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih... cheewahh!

Sampai jumpa lagi... teruskan membaca na..

Miak Bujat

Saturday, September 15, 2012

Panchor Hot Spring, Serian

Panchor Hot Spring, Serian

Kat kampung aku ada hot spring? Wow!! Macam tak caya lak... moh kite gie tgk hot spring tue... Lokasinya adalah di Kampung Panchor Dayak, jalan lama Kuching-Serian. Giler beb... jalanya amat mencabar ketenangan di usus perutku... Syukurlah tidak ada kejadian menakutkan terjadi... huhu... thanks to my pilot.. En. Mohd Maulud dan En. Raymond... En. Raymond tu tidoq jer kejanya dalam keta.. maaf naa En. Raymond... Jarak dar Bandaraya Kuching kira-kira 45 minit. Road sign tunjuk Panchor Hot Spring mudah terlihat.. so pandai-pandai la korang cari... PAPAGO kan ada... :p

Dari persimpangan highway Kuching-Serian di KM46, masuk jalan lama Kuching Serian. Sila cari kampung Panchor Dayak. Hot Spring tu terletak kira-kira 5km dari simpang highway. Dari simpang jalan lama ke hot spring tu pulak kira-kira 1km. Jalan lak masih berbatu tanah merah.

Gambar-gambar di bawah boleh membantu anda.











Uncle... sila bayar kat sini yer..


Parkir yang belum terurus.

Ray dan Maulud

Awas! Suhu air boleh mencecah 42 darjah celcius.


Kalau lapar boleh makan. Tapi bayar sendiri laa.






Rendam kaki jer... nak mandi rasa seram lak tgk benda2 terampai tuh...

Jalan batu lagi.. cuma 1km ajer..

Bayaran masuk hot spring tersebut RM3 per person. Buka dari jam 8 pagi sehingga 7 mlm. Boleh mandi dan rendam kaki. Nak rebus telur tak boleh! (motip nak rebus telur ko kena pegi jauh-jauh? Rebus kat umah jer lah!) Orang kata rendam kaki or mandi kat situ boleh ubati beberapa jenis penyakit. Ada proper toilet dan bilik persalinan disediakan. Cuma nak mandi dalam toilet jer tak boleh. Tempat ni bukan resort... so takde la chalet or hotel yer...

Nak info lanjut... sila contact JKKK Kampung Panchor. Tel 013-5793611 / 082-878169.

Sunday, September 2, 2012

Klong Hae, Hat Yai

Klong Hae, Hat Yai

Negara Gajah Putih sangat popular dengan Pasar Terapungnya... salah satu pasar terapung yang sempat saya kunjungi adalah Klong Hae di wilayah Hat Yai, Selatan Thailand. Pasar ini terletak lebih kurang setengah jam perjalanan dari Bandar Hat Yai. Pasar ini tidak lah terlalu besar dan tarikannya cumalah para peniaga berniaga di dalam perahu di atas air. Kebanyakan peniaga berbangsa Melayu Siam.

Terdapat juga gerai-gerai lain terletak di atas tebing sungai yang banyak menjual cenderamata, permainan, pakaian dan makanan.

Jika anda mengunjungi wilayah Songkla dan Hat Yai, anda direkemenkan untuk melawat Klong Hae.

Yeehaaa!!!






Pilih Muun pilih... jgn lupa kasik satu kat aku naa..


Mus ngah carik souvenir gak ker?

Aku bukan beli apa-apa pun... saja jer pose sbb tau org ambik gambar.. huhu

Ko nak jagung kuning or purple... purple? Err....

Welcome to klonghae, Songkla... Kap!



Selamat bercuti di Thailand!