Saturday, September 15, 2012

Panchor Hot Spring, Serian

Panchor Hot Spring, Serian

Kat kampung aku ada hot spring? Wow!! Macam tak caya lak... moh kite gie tgk hot spring tue... Lokasinya adalah di Kampung Panchor Dayak, jalan lama Kuching-Serian. Giler beb... jalanya amat mencabar ketenangan di usus perutku... Syukurlah tidak ada kejadian menakutkan terjadi... huhu... thanks to my pilot.. En. Mohd Maulud dan En. Raymond... En. Raymond tu tidoq jer kejanya dalam keta.. maaf naa En. Raymond... Jarak dar Bandaraya Kuching kira-kira 45 minit. Road sign tunjuk Panchor Hot Spring mudah terlihat.. so pandai-pandai la korang cari... PAPAGO kan ada... :p

Dari persimpangan highway Kuching-Serian di KM46, masuk jalan lama Kuching Serian. Sila cari kampung Panchor Dayak. Hot Spring tu terletak kira-kira 5km dari simpang highway. Dari simpang jalan lama ke hot spring tu pulak kira-kira 1km. Jalan lak masih berbatu tanah merah.

Gambar-gambar di bawah boleh membantu anda.











Uncle... sila bayar kat sini yer..


Parkir yang belum terurus.

Ray dan Maulud

Awas! Suhu air boleh mencecah 42 darjah celcius.


Kalau lapar boleh makan. Tapi bayar sendiri laa.






Rendam kaki jer... nak mandi rasa seram lak tgk benda2 terampai tuh...

Jalan batu lagi.. cuma 1km ajer..

Bayaran masuk hot spring tersebut RM3 per person. Buka dari jam 8 pagi sehingga 7 mlm. Boleh mandi dan rendam kaki. Nak rebus telur tak boleh! (motip nak rebus telur ko kena pegi jauh-jauh? Rebus kat umah jer lah!) Orang kata rendam kaki or mandi kat situ boleh ubati beberapa jenis penyakit. Ada proper toilet dan bilik persalinan disediakan. Cuma nak mandi dalam toilet jer tak boleh. Tempat ni bukan resort... so takde la chalet or hotel yer...

Nak info lanjut... sila contact JKKK Kampung Panchor. Tel 013-5793611 / 082-878169.

No comments:

Post a Comment